PESTA PANTUN UKM
12 Oktober 2018 hingga 15 Oktober 2018 telah dijalankan Pesta Pantun UKM 2018 bertempat di Pusanika.
Pesta Pantun ini telah dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia dan kerjasama urusetia ARTISUKMA UKM. Pesta ini merupakan projek tahunan yang telah diadakan sejak tahun 1993.
Diantara objektif pesta ini diadakan adalah seperti berikut:-
- Melahirkan pantun dalam erti kata yang sebenarnya seperti yang dipraktikkan oleh masyarakat melayu zaman dulu.
- Menguji kecekapan dan kepantasan berfikir secara kritis dalam kalangan peserta.
- Merealisasikan pantun sebagai satu unsur budaya yang dihayati dalam kehidupan seharian.
- Mengembalikan ketinggian nilai dalam seni pantun di mata masyarakat.
- Menggabungjalinkan unsur alam semesta dan nilai-nilai murni selaras dengan kedinamikan ilmu.
- Memartabatkan bahasa melayu.
Selama 5 hari pesta pantu dijalankan mengikut saringan, pemenang akan ditapis. Sebelum pertandingan ini dimulakan, pemantun yang ingin mewakili kolej perlulah menghadirkan diri ke ujibakat kolej masing-masing dan pemenang ujibakat tersebut dapat menjadi wakil kolej untuk ke pesta pantun UKM.
Pesta pantun ini dapat sambutan dari ramai pelajar UKM tidak kira dari yang menyertai ujibakat mahupun penonton yang menyokong kolej mereka. Jadi jelaslah bahawa UKM dan pelajarnya amat memartabatkan bahasa malaysia.
Peringkat akhir adalah antara Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Ibrahim Yaakub. Pantun-pantun yang dilontarkan dari peserta-peserta kolej sangat tepat tapi apakan daya hanya satu kolej sahaja yang dapat memegang gelaran juara. Pemenang pesta pantun adalah Kolej Aminuddin Baki. KAB bukan sahaja dinobatkan sebagai pemenang malah, salah seorang dari mereka telah mendapat anugerah pemantun terbaik.
Pesta pantu ini memberi pengetahuan dan ilmu kepada semua pelajar tentang kesopanan dan tatasusila Bahasa Malaysia yang sangat tinggi.
Comments
Post a Comment