MEMBACA PETA


Membaca peta ? hmmm...

Okay mesti semua ingat ni kelas geografi kan ? Hahaha tak, topik kita hari ni adalah membaca peta dalam kelas latihan tempatan PALAPES. Ingat PALAPES ni reti berkawad je ke ? tidak, Asas yang PALAPES perlu ada ialah asas senjata, asas ilmu medan perang, dan asas membaca peta. Kalau tidak tahu membaca peta, macam mana kita nak mengesan musuh dan mencari kawasan yang strategik.


Seperti biasa latihan tempatan kami bermula dari jam 6 pagi, jadi pukul 5 pagi kami sudah dikehendaki untuk berkumpul di panggung seni. Kami bermula dengan baris pagi kemudian kami menjalani latihan jasmani atau lebih dikenali sebagai ‘PT’ iaitu ‘Physical Training’. Boleh tahan PT pagi kali ini, semua kepenatan sampai ada yang nyawa-nyawa ikan hehe. Untuk pengetahuan korang semua, hari ni merupakan latihan tempatan terakhir bagi sem ini. Jadi, PT pada pagi tu memang berat, lebih berat berbanding latihan sebelum ini.


Okay, berbaik pada topik kita iaitu membaca peta. Pada hari ini aktivitu membaca peta ini dibuat diatas bukit yang berada di Kolej Ibu Zain. Aktiviti ini memang perlu dilakukan di tempat yang tinggi supaya lebih senang untun mencari kedudukan dan melihat sekeliling menggunakan kompas. Cuaca pada hari tersebut memang tidak boleh dibawa bincang, panasnta tu lain macam haha.


Semasa pembelajaran membaca peta, kami diajar cara untuk menggunakan kompas untuk mencari kedudukan di dalam peta. Kami juga di ajara cara untuk mengira bearing dan back bearing. Apabila sudah mahir menggunakan kompas dan mengira bearing, tahap seterusnya adalah untuk mencari kedudukan sendiri. Kami dikehendaki untuk mencari bearing bukit-bukit yang senang dilihat kemudian bearing tersebut ditafsirkan dalam peta untuk mencari kedudukan. Jika tidak fokus ketika diajar memang hilang hala tuju hahaha.


Setelah habis mempelajari peta tersebut, kami semua mengadakan sesi bergambar kerana ini merupakan latihan tempatan yang terakhir untuk sem ini. Di sini saya sertakan gambar-gmbar pada hari tersebut.






Comments

Popular Posts