KEMASUKAN PALAPES
Assalamualaikum, hai guys, harap hari korang sentiasa indah. Sebab harini saya nak cerita sikit apa yang saya dah lalui kat ukm ni, its a though day, tapi seronok okey. Jadi merujuk kepada tajuk kita diatas, ye saya telah memohon untuk memasuki Palapes. Seperti yang semua orang tahu, bukan mudah untuk lepas ujian-ujian palapes ni. Jadi, apa yang saya ingin ceritakan pada hari ini adalah pengalaman saya dalam ujian untuk memasuki Palapes di UKM.
Sebelum anda duduki ujian kecergasan fizikal atau lebih dikenali sebagai uka, anda perlu membuat ujian kesihatan termasuk x-ray serta ujian darah. X-ray dilakukan bagi menunjukkan sama ada badan kita kuat atau tidak untuk memasuki palapes ini, sekiranya pernah mengalami masalah tulang dalam waktu terdekat, sukar untuk pihak atasan menerima masuk kerana takut berlaku kecederaan di waktu akan datang. Ujian darah pula dijalankan untukm melihat sama ada kita berpenyakit atau tidak.
Berbalik pada topik asal kita iaitu ujian kecergasan fizikal. Seperti yang anda tahu, ramai yang menyatakan ujian ini sukar atau susah untuk diatasi, tapi saya mengendahkan ayat-ayat tersebut dan tetap dengan pendirian saya untuk menyertai palapes ini. Ujian pertama yang kami perlu lakukan adalah berlari sepanjang 2.4 km di dalam UKM. Masa yang telah ditetapkan untuk wanita adalah tidak melebihi 20 minit manakala untuk lelaki pula tidak melebihi 17 minit.

ujian larian ini bermula di panggung seni dan berakhir di pusat kesatria UKM. Setelah semua selesai berlari, kami diminta untuk berkumpul di padang pusat kesatria untuk melakukan ujian seterusnya iaitu ujian bangkit tubi. Bagi pelajar wanita kami dikehendaki untuk melakukan sebanyak 30 kali dalam masa seminit, bagi lelaki pula saya kurang pasti mungkin dalam 50 atau kurang. Ujian yang terakhir adalah ujian tekan tubi. Alhamdulillah, semua yang hadir melakukan ujian-ujian berikut lulus dan mampu teruskan ke peringkat seterusnya iaitu ujian kesihatan serta interview.
Pada peringkat interview, kami dikehendaki untuk memakai pakaian formal iaitu PO, berbaju kurung merah dan bertudung hitam bagi wanita manakali kemeja putih, seluar slack dan tali leher merah bagi lelaki. Dalam peringkat ini kami dibahagikan kepada beberapa baris, 10 orang setiap baris. Baris demi baris akan memasuki bilik tersebut untuk ditemuduga.
Alhamdulillah, semua yang menduduki sesi temuduga telah berjaya memasuki palapes dan dapat meneruskan perjuangan dengan menghadiri latihan yang telah ditetapkan.
Ujian palapes tak lah susah mana seperti yang diperkatakan oleh orang, jika anda tidak berani untuk mencuba, selagi itu anda tidak tahu tahap kemampuan anda. Sekian, itu sahaja cerita saya pada hari ini.
Hi sis. Boleh tak share soalan apa je yg akan ditanya time interview tu ?
ReplyDelete