Perbarisan Hari Kemerdekaan UKM
Assalamualaikum.
Hai semua, topik kita pada hari ini ialah Perbarisan Hari Kemerdekaan UKM 2018.
Setelah hampir beberapa minggu di ukm, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya perbarisan hari kemerdekaan. Perbarisan ini telah diadakan di stadium UKM yang berlangsung pada 21 September 2018 pada pukul 8 malam. Ramai pelajar yang turun untuk menyaksikan persembahan dalam perbarisan tersebut terutamanya pelajar tahun 1. Bagi kami yang tahun satu ini, persembahan seperti ini adalah pertama kali buat kami. Kami telah dikumpulkan di stadium mengikut kolej masing-masing agar semangat kolej lebih kuat.
Perbarisan ini bukan hanya sekadar perbarisan atau perarakan biasa, namun setiap kumpulan yang menyertai perbarisan ini perlu memberikan persembahan yang menarik untuk menarik minat para juri. Persembahan yang dipersembahkan bertemakan kemerdekaan yang meliputi pelbagai kaum di Malaysia.
Peserta yang perlu mengambil bahagian dalam perbarisan ini merupakan wakil-wakil bagi setiap kolej yang terdapat di dalam UKM ini. Terdapat 12 kolej di UKM iaitu Kolej Dato' Onn, Aminuddin Baki, Ungku Omar, Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakub, Rahim Kajai, Ibu Zain, Keris Mas, Pendeta Zaaba, Tun Hussein Onn, Tun Syed Nasir dan Tun Dr. Ismail. Setiap kolej perlu menghantar wakil (kumpulan) untuk mempersembahkan perbarisan masing-masing. Persembahan yang menarik akan memenangi perbarisan tersebut.
Suasana di stadium sangat riuh dengan kata-kata tagline kolej masing-masing bagi memberi semangat kepada para peserta. Stadium juga penuh dengan para penonton yang datang menyokong kolej mereka. Perbarisan dimulakan dengan barisan bagi badan kesatria UKM iaitu PALAPES, BSMM, SISPA serta SUKSIS.
Setelah selesai pembukaan dan ucapan dari Vice Canselor UKM, perarakan pun dimulakan. Persembahan yang ditampilkan setiap kolej sangat menarik dan bersemangat. Bagi saya yang pertama kali menyaksikan persembahan seperti ini, saya begitu teruja kerana perbarisan ini sangat mengagumkan. berikut saya tampilkan beberapa video perbarisan tersebut.
Hai semua, topik kita pada hari ini ialah Perbarisan Hari Kemerdekaan UKM 2018.
Setelah hampir beberapa minggu di ukm, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya perbarisan hari kemerdekaan. Perbarisan ini telah diadakan di stadium UKM yang berlangsung pada 21 September 2018 pada pukul 8 malam. Ramai pelajar yang turun untuk menyaksikan persembahan dalam perbarisan tersebut terutamanya pelajar tahun 1. Bagi kami yang tahun satu ini, persembahan seperti ini adalah pertama kali buat kami. Kami telah dikumpulkan di stadium mengikut kolej masing-masing agar semangat kolej lebih kuat.
Perbarisan ini bukan hanya sekadar perbarisan atau perarakan biasa, namun setiap kumpulan yang menyertai perbarisan ini perlu memberikan persembahan yang menarik untuk menarik minat para juri. Persembahan yang dipersembahkan bertemakan kemerdekaan yang meliputi pelbagai kaum di Malaysia.
Peserta yang perlu mengambil bahagian dalam perbarisan ini merupakan wakil-wakil bagi setiap kolej yang terdapat di dalam UKM ini. Terdapat 12 kolej di UKM iaitu Kolej Dato' Onn, Aminuddin Baki, Ungku Omar, Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakub, Rahim Kajai, Ibu Zain, Keris Mas, Pendeta Zaaba, Tun Hussein Onn, Tun Syed Nasir dan Tun Dr. Ismail. Setiap kolej perlu menghantar wakil (kumpulan) untuk mempersembahkan perbarisan masing-masing. Persembahan yang menarik akan memenangi perbarisan tersebut.
Suasana di stadium sangat riuh dengan kata-kata tagline kolej masing-masing bagi memberi semangat kepada para peserta. Stadium juga penuh dengan para penonton yang datang menyokong kolej mereka. Perbarisan dimulakan dengan barisan bagi badan kesatria UKM iaitu PALAPES, BSMM, SISPA serta SUKSIS.
Menarik bukan persembahan ini. Akhir sekali, tamatlah sudah perbarisan kemerdekaan UKM 2018. Pemenang bagi perbarisan ini adalah Kolej Pendeta Zaaba sebagai johan, manakala Kolej Ibrahim Yaakub naib johan dan Kolej Aminuddin Baki di tempat ke-3.
Comments
Post a Comment