PENUTUPAN SUKEM
5 Disember 2018
Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar UKM. Penutupan SUKEM 2018. Tau tak SUKEM ni apa ? Okay, saya akan menerangkan serba sedikit apa yang saya tahu mengenai SUKEM. SUKEM adalah Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. SUKEM merupakan sukan yang dipertandingan oleh semua kolej yang terdapat di UKM. Setiap kolej perlu menghantar wakil bagi setiap sukan yang dijalankan seperti bola tampar, bola sepak, bola jaring dan bermacam lagi sukan. Tujuan sukem dijalankan adalah bagi memberi peluang kepada setiap pelajar UKM untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang sukan.
Okay kembali pada topik kita yang asal. Penutupan SUKEM UKM dijalankan pada tarikh 5 Disember 2018 pada waktu malam. Setiap pelajar dikehendaki berkumpul di stadium UKM bagi memeriahkan majlis. Ianya berlangsung dari 8 malam hingga 10 malam. Pada awalnya, setiap kolej perlu mengambil bahagian dan menghantar wakil untuk acara perbarisan. Setiap perbarisan digalakkan melakukan persembahan di hadapan naib canselor dan persembahan terbaik akan memenangi hadiah.
Selepas satu demi satu perbarisan yang berlangsung, tibalah ucapan dari naib canselor dan bacaan doa. Selepas itu, seperti biasa adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Banyak permainan yang telah dipertandingkan sebanyak 29 permainan. Beberapa kolej diumumkan sebagai pemenang bagi setiap permainan yang telah dipertandingkan.
Pada malam kemuncak yang ditunggu setiap pelajar. Pengumuman untuk pemenang keseluruhan SUKEM. Terdapat 12 kolej yang menyertai SUKEM. Kolej yang telah memenangi keseluruan SUKEM tidak lain lagi Kolej Aminuddin Baki iaitu kolej saya sendiri. Tahniah diucapkan kepada KAB. Termasuk tahun ini KAB telah menjuarai SUKEM 8 tahun berturut. Saya bangga kerana telah menjadi salah seorang penghuni Kolej Aminuddin Baki ini.

Comments
Post a Comment