Minggu Mesra Mahasiswa UKM 18/19
Assalamualaikum. Hai semua,
Alhamdulillah pada 2 September 2018 saya telah rasminya menjadi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2018/2019. Syukur ke hadrat ilahi, tercapai juga cita-cita saya selama ini untuk masuk ke Universiti. Terima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang selama ini telah menyokong dan membantu saya dalam susah dan senang.
Topik kita pada hari ini adalah Minggu Mesra Mahasiswa atau 3M iaitu minggu orientasi untuk pelajar UKM. Minggu orientasi ni sangat berbeza dari apa yang selalu diperkatakan seperti ragging dan lain-lain. Zaman dulu mungkin ada kena tiup lampu sampai padam la apa la. Tapi sekarang dah tak ada. So, tak perlu risau kalau takut kena ragging ke apa.
MMM di UKM sangat berbeza dari orientasi di universiti yang lain. Seperti di Uni yang lain mereka akan lebih kerap berada di dalam dewan untuk mendengar taklimat dan sebagainya tapi tidak di UKM, di UKM mereka lebih menerapkan pelajar untuk melakukan aktiviti luar. Orientasi di UKM merupakan orientasi paling seronok yang saya pernah alami.
Ahad, 2 September 2018
Hari pendaftaran. Saya dikehendaki untuk mendaftar selepas pukul 12 sehingga 4 petang. Saya bergerak dari Banting ke bangi dalam pukul 11 pagi dan perjalanan ke sana hanya mengambil masa lebih kurang 50 minit sahaja. Kolej yang saya akan diami ialah Kolej Aminuddin Baki a.k.a KAB. Setelah tiba di bilik saya mengemaskan diri dan bilik tersebut dengan bantuan keluarga.
Kami dikehendaki berkumpul pada pukul 4.30 petang untuk mendengar taklimat mengenai kolej kediaman. Selepas maghrib diadakan pula majlis rasmi iaitu majlis dengan pengetua kolej. Sesi perkenalan dengan barisan pentadbiran kolej dan felo felo kolej. Oleh kerana majlis ini merupakan majlis rasmi, kami juga dikehendaki memakai pakaian rasmi iaitu baju kurung merah dan tudung putih. Majlis tersebut habis lebih kurang pada pukul 11 malam.

Isnin-Rabu, 3-5 September 2018
Sepenjang MMM, kami dikenalkan dengan domain. Ini merupakan kelainan yang dimiliki oleh UKM berbanding Uni lain. Antara domain yang ada ialah keusahawanan, lestari, sukan, sukarelawan, kebudayaan, inovasi dan kepimpinan. Kami dikehendaki memilih 4 domain dan 1 domain merupakan domain yang wajib hadir iaitu kepimpinan. Domain yang saya pilih adalah keusahawanan, lestari, sukan dan sukarelawan. Domain keusahawanan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencipta satu inovasi yang dapat memberikanmanfaat kepada pelajar. Untuk domain lestari pula, saya telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti explorace di dalam satu UKM untuk lebih mengenali kawasan, flora dan fauna yang terdapat di sini. Bagi domain sukan pula, kami telah menjalankan beberapa aktiviti seperti senamrobik dan kami juga mempelajari beberapa permainan sukan yang terdapat di UKM seperti bola sepak, kriket dan mini ragbi. Akhir sekali, domain yang saya pilih adalah domain sukarelawan. Dalam domain ini kami akan menjalani aktiviti kesukarelawanan bersama warga UKM dan komuniti di sekitar bangi pada beberapa lokasi yang terpilih. Lokasi yang saya perlu tuju ialah SK Jalan Tiga.
Khamis, 6 September 2018
Hari ini merupakan penutup bagi Minggu Mesra Mahasiswa a.k.a 3M. Pagi tersebut merupakan waktu aktiviti bebas didalam kolej. Kami telah melakukan beberapa senamrobik dan sukaneka bersama ahli2 kolej saya. Selepas asar merupakan waktu yang dinanti-nantikan iaitu penutup bagi 3M. Majlis penutup ini telah diadakan di Dewan Gemilang kerana Dectar pada waktu ini sedang dibaik pulih. Banyak persembahan yang telah disampaikan oleh budak tahun satu sesi 2018/2019. Antara persembahan pada malam itu ialah koir, dikir barat, nyanyian dan bermacam lagi. Aktiviti yang paling menarik pada malam itu adalah Perang DG antara kolej. Setiap kolej perlu melaungkan trademark masing-masing bagi menunjukkan kolej mana yang paling hebat. Majlis ini berlangsung sehingga hampir 1 pagi.
Well, I miss my MMM week. Seriously. Bakal bakal adik junior tu hargailah minggu orentasi korang. Itu lah minggu orentasi last korang. Masuk master ke apa dah tak ada minggu orentasi macam tu. :')
Sekian itu sahaja daripada saya hari ini. Di sini saya sertakan beberapa gambar pada malam penutup.
Comments
Post a Comment