MINGGU KEUSAHAWANAN KAB
Hai, Assalamualaikum.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKBHUztO2OoEcg3kwzDOMPJsdX1HGUyIEzjp5B5fyo_ub2BISkj4xAf4WLzbh9bfhyphenhyphenir58AuNHgWK3kPWFdgjSMc_32YQu_HtwYDFafYpsmIYqaesurUozW93OBeOr2qTpB6SCL9J5SRPS/s320/IMG_6646.JPG)
Minggu Keusahawanan merupakan aktiviti tahunan yang akan diadakan oleh kolej Aminuddin Baki. Pada tahun ini, minggu keusahawanan dilakukan pada 13 November 2018 sehingga 16 November 2018. Tujuan Minggu Keusahawanan ini diadakan adalah untuk menyungkil bakat pelajar-pelajar yang menetap di Kolej Aminuddin Baki dalam bidang keusahawanan.
Kebiasaannya, pada minggu keusahawanan, gerai-gerai akan dibuka dan diagihkan mengikut biro masing-masing. Terdapat 13 biro yang ada di kolej aminuddin baki, antaranya ialah keusahawanan, sukan dan rekreasi, kerohanian dan sivik, pembangunan siswi, hal ehwal luar, alumni dan antarabangsa, inovasi, keselamatan, kebajikan, kebudayaan, ICT, protokol, akademik serta integrasi dan perpaduan kaum. Jualan yang dibuat adalah seperti pakaian, makanan dan minuman. Antara makanan yang dijual ialah burger, aiskrim goreng, dim sum, popiah cheese, martabak maggi, roti pizza, sate dan bermacam lagi jenis makanan.

Gerai tersebut akan dibuka selama 4 hari berturut-turut dari 5 petang hingga 11 malam. Bukan sahaja pelajar-pelajar KAB, malah pelajar-pelajar UKM (keseluruhan pelajar) dijemput hadir untuk memeriahkan Minggu Keusahawanan tersebut. 4 hari merupakan masa yang lama jadi bukan sahaja gerai jualan, malah terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang minggu keusahawanan itu seperti 'Money Drop' , 'Wheel of fortune', 'Who want to shine', Catur Bestari, cabutan bertuah, 'Fun Fair' dan bermacam lagi. Antara permainan funfair adalah seperti 'Catch The Duck', 'Darts', 'Aim Your Target'.
Minggu Keusahawanan ini mendapat sambutan dari seluruh pelajar kolej. Program ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berniaga dan mengasah bakat, malah pelajar juga akan dapat menimba ilmu dan mendapat pengalaman dari aktiviti-aktiviti yang disertai.
Program seperti ini dapat memberi peluang kepada pelajar bagi mengenali budaya kolej dan ramai kenalan baru serta memberi keseronokan kepada semua pelajar UKM.
Sekian, Terima Kasih.
Comments
Post a Comment