LATIHAN BERTERUSAN PALAPES

Assalamualaikum, Hai semua.

Okay hari ini saya akan menceritakan pengalaman saya menyertai latihan berterusan palapes UKM 2018. Setelah saya menyertai PALAPES, banyak latihan dan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang cuti. Antara latihan yang perlu dihadapi setelah menyertai PALAPES adalah latihan tempatan, latihan berterusan dan latihan kem tahunan.

Latihan tempatan akan diadakan pada hari sabtu dan ahad. Latihan ini diadakan 4 hari sebulan atau dua hari dua minggu. Latihan berterusan pula diadakan setiap kali cuti midterm semester. Jadi sebagai pelajar yang telah menyertai PALAPES tidak akan mengenal cuti midterm semester. Manakala latihan kem tahunan pula diadakan pada cuti semester bagi setiap semester ganjil, maksudnya dalam setahun pastu ada sekali sahaja latihan kem tahunan.

Latihan berterusan pada semester satu ini jatuh pada tarikh 5 hingga 9 November 2018 iaitu pada cuti midterm semester. Kami dikehendaki untuk menginap dikolej yang berdekatan bagi memudahkan pergerakan untuk ke markas. Saya telah menginap di kolej tun hussein onn. Latihan berterusan dijalankan dari 6 pagi hingga 12 malam. Kami perlu menyediakan fizikal dan mental yang banyak untuk menghadapi latihan ini. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah belajar mengenaik ilmu medan perang, cara penggunaan senjata, dan kami juga turut pergi menembak menggunakan senapang sebenar di lapang sasar.

Senapang yang digunakan untuk latihan ini adalah M-16. Kami bukan sahaja setakat bekajar cara menggunakan senjatamalah kami juga diajar cara untuk membersihkan senjata dan cara keselamatan apabila senjata bermasalah. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah menembak di lapang sasar. pengalaman ini bukan pertama kali buat saya kerana saya telah menyertai kemm kadet polis sebelum ini dan menggunakan senjata yang sama. Namun, pengalaman ketika kem polis dan kem tentera amatlah berbeza, bagi saya pengalaman menembak dalam PALAPES ini lebih mencabar dan menyeronokkan. Walaupun keadaan cuaca di lapang sasar begitu panas, kami dapat memperoleh pengalaman yang berguna ketika di sana.

                                  


Pada malam akhir, aktiviti yang diadakan adalah Malam Akrab. Malam akrab adalah majlis rasmi yang disertai oleh semua peringkat, jurulatih, pegawai, ketua jurulatih dan sebagainya. Terdapat beberapa persembahan yang dilakukan oleh setiap peringkat. Terdapat juga pertandingan karaoke dan setiap peringkat perlu menghantar seorang wakil bago aktiviti itu. Ada juga aktiviti memperagakan baju di mana setiap peringkat perlu menghantar 10 wakil iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan. Persembahan yang dipersembahkan begitu menarik. Sekian sahaja daripada saya.





Comments

Popular Posts